Uniklist mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Dimana kita boleh print baju murah?
Di sini kami senaraikan pilihan servis tshirt printing murah yang kita boleh order online di Malaysia.
Jika anda buat servis design gambar baju atau nak buat baju t shirt seragam untuk majlis, kelab, keluarga boleh jadikan sebagai rujukan.
Senarai servis print baju murah ini dibuat berdasarkan kriteria berikut:
- Harga untuk baju + printing
- Kualiti printing
- Kualiti baju
- Pilihan warna baju
- Servis tambahan lain
Senarai Servis Print Baju Murah
Berikut merupakan senarai yang terpilih berdasarkan kriteria diatas.
Nota: Uniklist tiada kena mengena dengan servis / empunya servis yang disenaraikan disini.
*Harga standard dikira berdasarkan saiz printing A4, print depan sahaja dan baju t-shirt biasa. Perubahan harga bergantung sepenuhnya pada empunya servis.
Editor Choice
1 Mumuku
*RM15 (RM13-22) / sehelai
Baju adalah jenis cotton. T-shirt biasa dan juga jenis long sleeve.
Pilihan warna yang diberikan adalah hitam, putih, kuning, biru navy, merah dan maroon.
Saiz pilihan pula daripada XS sehinggan XXL. Terdapat juga saiz untuk kanak-kanak.
2 Aethireal & Co.
*RM20 (RM16-29) / sehelai
Menggunakan baju t shirt lengan pendek jenama Gildan dengan pilihan warna hitam dan putih.
Saiz baju pula daripada XS sehingga ke 2XL.
Servis daripada Aethireal & Co disukai oleh pelanggan kerana packagingnya yang cantik dan sesuai dijadikan terus sebagai hadiah.
3 Odshirt Official Store
*RM22 (RM16-30) / sehelai
Untuk servis yang daripada kedai ini kita kena pilih jenis baju dan printing servis secara berasingan.
Pilih jenis baju dahulu kemudian barulah pilih servis printingnya.
Terdapat banyak pilihan untuk warna baju dan juga jenama baju yang ditawarkan.
Antara jenama baju yang ditawarkan adalah seperti Gildan, CT54, North Harbour, Muslimah dan RF Series
4 888.Co
*RM24 (RM18.80-29.80) / sehelai
Baju yang ditawarkan adalah jenis t-shirt round neck lengan pendek dan permukaan eyelets.
Pilihan warna pula adalah hitam, putih, merah, dan royal blue.
Saiz pula daripada XS ke 5XL untuk dewasa.
5 Hongjet Technology
*RM25 (RM25-43) / sehelai
Baju t-shirt lengan pendek yang digunakan adalah jenis cotton Ct5 series.
Terdapat 22 pilihan warna yang boleh dipilih.
Saiz pula adalah daripada XS sehinggalah ke 5XL.
6 ntmy.os
*RM28 (RM16-52) / sehelai
Servis print baju ini menggunakan cara printing DTG iaitu Direct to garment printing.
Untuk servis ini, anda kena pilih baju dahulu kemudian baru pilih servis printingnya (dalam kedai yang sama).
Harga printing adalah dalam lingkungan RM6 – RM36.
Bajunya pula berharga dalam lingkungan RM8.90 – RM16.
Untuk pilihan baju, terdapat banyak pilihan warna dan jenama seperti rightway, Gildan dan North Harbour.
Terdapat juga pilihan baju tanpa lengan dan baju jenis long sleeve.
Selain itu, baju untuk saiz kanak-kanak juga disediakan.
7 More Dream Online Store
*RM49 (RM39-69) / sehelai
Servis print baju ini menggunakan cara printing DTG iaitu Direct to garment printing.
Pilihan warna hitam dan putih.
Untuk Saiz pula adalah daripada XS ke 3XL. Disediakan juga saiz untuk kanak-kanak.
Selain itu, mereka menyediakan kotak packaging yang cantik dan sesuai dijadikan terus sebagai hadiah.
8 Digital Transfer Film
*RM10
Selain daripada servis-servis print baju yang disenaraikan diatas, kita juga boleh print baju sendiri.
Kita sediakan design, bagi dekat penyedia servis kemudian mereka printkan untuk kita dalam bentuk film.
Seterusnya hanya perlu panaskan film tersebut atas permukaan kain (baju, topi dan sebagainya) untuk pindahkan gambar dari film ke kain tersebut.
Lagi mudah dan jimat.
Kita boleh pilih jenis baju apa kita mahu tanpa perlu bayar berlebihan.
Semoga post senarai servis print baju murah ini bermanfaat untuk rujukan anda!