Uniklist mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Tidak kira anda nak beli cermin mata hitam, cermin mata sebenar atau cermin mata fesyen, anda pasti akan berhadapan dengan banyak pilihan.
Nak gunakan style yang mana satu?
Dalam post ini kami senaraikan cermin mata trend terkini yang sedang popular.
Jadikan ia sebagai sumber rujukan anda.
Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.
Cermin Mata Trend Popular
Berikut style cermin mata yang menjadi trend semasa:
1 Cermin Mata Bulat
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Cermin mata ini mengingatkan kita tentang gaya retro dan para intelektual pada era 1920-an sehingga 1930-an.
Ia menjadi popular kerana daya tarikannya yang klasik dan juga kebolehannya untuk melembutkan wajah yang tegas/keras atau bersegi dan seterusnya memberikan keseimbangan kepada penampilan si pemakai.
2 Cermin Mata Aviator
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Di inspirasikan daripada cermin mata klasik juruterbang.
Ia menjadi semakin popular kerana gabungan unik antara reka bentuk retro dan juga kontemporari.
Kewujudan double-bridge pada cermin mata ini juga menambah elemen visual menjadikan ia kelihatan lebih menarik dan menonjol.
3 Cermin Mata Cat Eye
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Trend cermin mata yang popular dikalangan wanita.
Daya tarikan cermin mata cat eye ini terletak pada bentuk vintage yang sentiasa segar, memberikan glamor dan keanggunan kepada pemakai wanita.
Bentuk melengkung ke atas pada bahagian pelipis menekan tulang pipi dan memberikan penampilan yang lebih berbentuk @ nampak lebih slim.
4 Cermin Mata Browline
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gabungan reka bentuk cermin mata full-rim dan half-rim dalam browline memberi penekanan kepada ‘garis kening’ secara semulajadi, menjadikan pemakai tampil membawa aura ‘ahli fikir’ dan berintelek.
Gabungan elemen retro dan moden dalam bingkai menjadikan ia menarik kepada banyak orang.
5 Cermin Mata Geometri
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Reka bentuk bukan tradisional, contohnya bingkai yang bentuknya heksagon atau oktagon juga semakin popular.
Ia menjadi penanda keunikan dan gaya kreatif. Menjadi pilihan kepada mereka yang mahukan kelainan daripada norma biasa dan mahu menguji gaya mereka.
6 Cermin Mata Segi Empat
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kebolehgunaan dan daya tarikan yang tidak pernah luput pada jenis bingkai segi empat menjadikannya popular.
Ia melengkapkan pelbagai bentuk wajah dan gaya fesyen, menjadikannya pilihan selamat dan trendi untuk ramai orang.
7 Cermin Mata Besar/Oversized
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Trend ini menyerupai fesyen dramatik berani pada sekitar tahun 1960-an dan 70-an.
Bingkai yang besar dapat up level penampilan ringkas kepada kepada penampilan dengan fesyen high level.
Saiznya secara automatik akan menarik perhatian kepada bajagian mata dan berupaya untuk menseimbangi ciri-ciri wajah besar.
8 Cermin Mata Bingkai Jernih/Translucen
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Moden dan elegan, bingkai cermin mata jernih atau translucen mebawakan reka bentuk minimalis yang sesuai dengan hampir setiap jenis pakaian.
Tren ini menjadi popular kerana kebolehsesuaiannya di pasangkan dengan pelbagai jenis pakaian dan juga boleh menjadikan ciri-ciri wajah lebih menarik tanpa terlalu ketara.
9 Cermin Mata Tortoiseshell
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Corak unik dan warna mesra cermin mata tortoiseshell tetap menjadi pilihan dikalangan pemakai cermin mata berfesyen.
Kebolehan cermin mata ini menambah penampilan dan menjadikan wajah lebih kompleks adalh sebab ia sentiasa tersenarai dalam trend.
10 Cermin Mata Bingkai Berwarna
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Cermin mata bingkai berwarna @ colorful glasses, memberikan peluang untuk seseorang mengekspresikan personaliti diri.
Jenis cermin mata ini juga menjadi trendi kerana keupayaanya untuk memberikan keseronokan dipasangkan dengan apa-apa jenis pemakaian seterusnya menjadikan si pemakai lebih menonjol.
11 Cermin Mata Rimless/Semi-Rimless
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Cermin mata tanpa bingkai sisi atau separuh bingkai. Untuk mereka yang lebih suka penampilan yang halus dan berkelas, cermin mata tanpa tepi atau separuh tepi menjadi pilihan popular.
Mereka menumpukan perhatian kepada wajah pemakai bukannya cermin mata, menjadikannya pilihan yang disukai untuk suasana yang lebih profesional.
12 Cermin Mata Wayfarer
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Reka bentuk klasik cermin mata Wayfarer sesuai dengan pelbagai bentuk wajah, menjadikannya popular sepanjang masa.
Keseimbangan kesederhanaan dan gaya yang ditawarkannya memberikan penampilan yang serasi dan tidak pernah ketinggalan zaman.
Semoga post cermin mata trend terkini ini dapat membantu anda untuk memilih cermin mata yang sesuai.